Unplanned visit with sister.

Elo!

Alhamdulillah kesihatan dan semakin pulih dan stabil. Baru ada mood nak update blog. Mihmih. Previous entry ada cerita pasal nak collect camera lense dekat Nikon Centre Times Square. So entry ni nak cerita lagi detail. Hihi.

Al-maklumlah, aku ni jarang keluar rumah. Bila sekali sekala keluar rumah, macam macam aku nak buat. Bila dah settle collect lense, aku dengan adik meronda ronda keliling Times Square. Sebab takkan nak balik kot? I told her earlier that we wanna go makan at Seoul Garden which located at Paradigm Mall, Kelana Jaya yang mungkin pada kami (pengguna kenderaan awam sepenuh masa) jauh di hujung dunia sana. Sebab tu dari rumah lagi dah bersiap pakai pakai selesa konon betul nak pergi Paradigm Mall. Pakai kasut, bawak beg sandang. Banyak bas nak kena naik. Banyak station LRT kena tukar. Bila dah sampai Times Square, bincang punya bincang, adik cakap lain kali la pergi. Rancang betul betul. So aku setuju je la.

Aku ajak dia main roller coaster dalam tu. Dia tak nak. The kiddy side of me is still around. Teringin sangat nak main roller coaster dalam tu. Tapi aku gagal pujuk dia. We end up having lunch at Papa John's Pizza, Times Square.


Dekat Papa John's Pizza ada sediakan set. Ini kali pertama kitorang cuba. Kalau nak dibandingkan Pizzas yang ada dekat Malaysia ni, antara Pizza Hut, Shakey's (dah tak ada rasanya), Domino's Yellow Cab & Papa John's, my whole family lagi suka Domino's sebab roti tak tebal and tak muak. Macam Papa John's ni pulak, choices for topping dia banyak, tapi tak banyak crust pulak. Ada yang biasa je. Punya lama menghadap menu, ambik je la set. Adik cakap satu pizza tak cukup. Okay la tambah medium satu lagi. Kalau tengah lapar, nafsu mencanak tinggi. Bila dapat ceaser salad, alahai sedihnya aku tengok. Aku cakap dekat adik Ceasar Salah bukan ada banyak isi ke? Ayam, sayur lain? Dia angguk and cebik bibir. Yang ada cuma sayur salad & roti kecik kecik keras tu. Kebetulan sebelah kitorang ada foreigner couple probably from the States. 

"Is the your Ceasar Salad? What a disappointment!"

Sambil tolak piring salad yang dah kosong. Aku tengok and angguk. Sebab memang betul. Kalau macam tu jangan panggil Ceasar Salad la. Put a different name. Kalau nak tipu orang tempatan boleh la, sebab tak ramai yang tau Ceasar Salad tu macam mana. Ni kalau sampai ke foreigner, makanan ruji memang salad, siap la kau kena sumpah seranah. Expectation diorang mungkin lain.

Makanan dah sampai, lalu makanlah kami berdua. Dijadikan cerita pulak, ada couple duduk dekat meja belakang adik, dua dua gosok perut mungkin terlalu kenyang. Boleh pulak serentak couple tu tengok meja kitorang. Seriously?! Lepas tu nak gelak gelak? Trying to say we ate a lot is it? I know its wrong untuk salah anggap dekat orang, tapi kalau perbuatan tu memang tidak menyedapkan hati & memang menaikkan kemarahan orang, kau rasa? One thing about me, aku pantang orang tenung aku. For no freaking reason. Serious! Selalu terkena. Kenapa kau? Making someone else feel uncomfortable will make your life brighter is it? Kalau jadi macam ni satu je aku akan buat. Aku akan tengok and tenung dia, sampai dia pandang tempat lain. I don't care. Samaada aku tenung atau aku lalu sebelah, aku sound direct. Have some respect to other people please? 

Pizza tinggal 4 keping, kami gagal habiskan. Tapi tak apa, kami tapau. Adik cakap dia nak pergi Pavillion. Baiklah. Aku turutkan sahaja walaupun masa tu aku bersin tak henti. Tahanlah teksi dekat depan Times Square untuk ke KLCC. Sampai dekat abang teksi..

"KLCC RM25 dik"

What? Atas tu tulis teksi bermeter?! Ah. Aku terus masuk, ambik teksi yang biru tu. Bayar dua ringgit dekat abang counter tu. Maybe charge servis dia. Aku tak kesah. Starting naik teksi biru tu RM6. Pun aku tak kesah yang penting jujur. Sebab aku tau, nak ke KLCC tak sampai pun RM25 sebenarnya, sampai KLCC, aku bagi RM15 sebab memang tu yang tertera dekat meter. Berhenti je teksi depan KLCC, adik aku dah tolak tolak suruh keluar. Aku tanya la, kenapa kabut sangat. Dia kata ada anak kala jengking dekat tingkap tu. Aku pelik. Mana datang pulak. Bila tengok betul betul, dia macam besar labah labah tapi ada penyepit macam kala jengking. I assume ya la agaknya. Haha.

Sebelum jumpa baby kala jengking. Haha.


Sambil jalan jalan, aku macam teringin nak pergi Aquaria. Aku tanya je dekat adik, nak pergi ke tidak. Mula mula dia macam malas. Tapi phone dia tengah tengok website Aquaria bukak atau tidak and sampai pukul berapa. Dia kata Aquaria tutup Sabtu Ahad. What?! Hujung minggu tutup?! Kau biar betul, dik. Aku redha je la. Aku biorkan sebab aku yakin dan pasti, mustahil hujung minggu tutup. Bagi sesiapa yang pernah jalan kaki dari KLCC ke Pavillion, mesti tahu jalan belakang tu kan? Jalan tu memang akan lalu Aquaria. Nampak pintu masuk dia punya besar terbukak. Aku angkat kening. Adik angkat bahu. Baguslah. Aku masuk tanya. Dia kata yang dekat website tu office. Office memang tutup sabtu ahad. Adik pulak terus meluru masuk ke kaunter tiket. Dia kata tiba tiba rasa macam nak melawat 'kawan-kawan' dia pulak. Aku mestilah setuju. 


Kalau tengok dari mata kasar, macam acah acah sweet je kan, adik beradik pegang tangan jalan jalan. Sebenarnya ada sebab. Aku ni selalu hilang. Haha. Hilang as in, cepat attracted dengan sesuatu and terus pergi tanpa inform. Lagi satu aku ni kaki shopping. Apa sahaja yang aku suka, aku terus ambik, bayar. Ini bukan lagak sweet. Percayalah. Ini maksudnya "Jangan nak mengada bazir duit!". Tapi tak apa lah dari pegang bukan muhrim kan? Eh?! 

Dengan langkah kaki kanan, Bismillah.

Aku tak pernah masuk Aquaria atau mana mana aquarium besar macam ni dengan mak aku. Dulu masa pergi Langkawi, masuk Underwater World pun mak tak join masuk. Sebab dia takut gelas tu pecah. Maybe mak aku claustrophobic kot. Haha. Satu tiket dewasa (dengan MYKad) RM45 tak silap. Dah keluar Aquaria, member comment gambar aku upload dekat Instagram. Dia cakap kenapa masuk tak bagitau dia. Aku lupa dia kerja situ. Haha. Mesti dapat half price. Tapi tak apa la. Aku rancang nak datang lagi. Nak buat Sisters Day Out dengan S.G. Rancang nak pergi Zoo Negara, Aquaria, Petrosains dengan Discoveria. S.G bawak adik dia. Aku bawak adik aku. Nanti aku update tau?

Masuk je terus selfie. I have to be honest. Aku dengan adik aku,
tak banyak beza dari segi semua perkara. We both love animals
so so so much (hence the excited face).

Pernah sekali on the way balik kampung, aku tidur tapi tak lena sangat so i can still here whats is going on. Tiba tiba adik menjerit, 

"Kesian! Kesian!"

Aku terus pap, confirm binatang. Rupanya ada rama-rama tersekat dekat wiper kereta. Terus bapak aku berhenti tepi layankan kehendak kitorang. Haha. Tak pasal pasal adik menangis sebab rama-rama tu dah tak boleh terbang lagi. When it comes to animals, aku dengan adik aku cepat menangis sebab animals are helpless. Siapa lagi nak bantu kalau bukan manusia yang berakal? Ha gitu.

Yay dah masuk tunnel! Dah la memang gelap.
Tiba tiba tambah lagi gelap. Aku dengan adik dah mula cuak.
Rupa rupanya

Ada natang ni rupanya. Bapak besar! 

Sisturr jumpa long lost 'sisturr'

 Jerung pun boleh tahan sihat dia. Aku tengok besar
jerung dengan aku pun lebih kurang ja.

 "Sis, PM gigi pls"

 Dah hampir ke pintu keluar. Selfie la sikit sedas dua. 

Maka mulalah perjalanan kami ke Pavillion pulak. Hahamboi. Nothing much pun pergi Pavillion sebab adik kata dia nak pergi Victoria Secret beli stock perfume dia. Hari tu aku dah pergi. Aku bagitau dia Cologne Victoria Secret tengah offer 3 botol rm175 kalau tak silap aku. Sebab tu dia nak pergi. Aku turutkan sahaja.

I dont know to consider this as a ritual or not tapi setiap kali keluar dengan adik, mesti pergi minum dengan adik. We love to talk about all sorts of things. About life, about people. 

Decided to go for a coffee break with her at CoffeaCoffee located on 5th floor Pavillion.


Sebelum tu singgah dulu beli cheesecake dekat bakery Jepun. Located dekat food court Pavillion bawah sekali. Boleh tahan mahal sebab satu ketul tu RM4.50.  I really want her to taste this because i am not a big fan of cheesecake. But this Hanjuku cheesecake? Sedap nak mati. Aku nak menangis. 

Makan cheesecake sambil minum Vanilla Latte adalah sorga.

I don't know since when i am addicted to coffee. Aku rasa back when i was a junior in Architecture. Kena berjaga malam je. Pernah satu malam, aku minum bergelas pun mengantuk jugak. Macam nak mandi je dengan kopi bila badan dah mula immune. So aku stop kejap sebulan dua baru mula minum balik. Baru ada effect. Sengsara gila. Lepas minum, we head back home dengan suka riang. Hihi.

Coffee is not good for your health!
AisyaAzman 



Thank You For the Time Spent, Guys. Do Leave A Comment!

2 comments :

  1. the best part of having sister gittew. hazy pun selalu ajak akak jenjalan berdua. huhuhu. cheesecake tu nampak macam best je. gonna try tht somedayyy !

    ReplyDelete

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!

COPYRIGHT © 2016 AISYAAZMAN.BLOGSPOT.MY | ALL RIGHTS RESERVED